January 29, 2012

Apakah tulisan jawi akan hilang?

Berapa kerat orang melayu sekarang yang boleh membaca dan menulis jawi?

Seorang pakar tulisan jawi berbangsa Korea melahirkan kebimbangan tulisan itu semakin dilupakan terutama dalam kalangan generasi muda di Malaysia.

Prof Dr Kang Kyoung Seok, daripada Pusan University of Foreign Studies, mula mengkaji tulisan jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia.

Menurutnya, tulisan jawi sedang “tenat” dan jika keadaan itu berterusan, ia mungkin pupus satu hari nanti.

“Malaysia perlu mendidik generasi muda dalam tulisan jawi. Sekarang terlalu ramai pakar saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudah tiada, siapa akan menerajui usaha pemeliharaan tulisan jawi nanti?” kata Dr Kang yang fasih berbahasa Melayu kepada Bernama.

 

Carian kesini:

January 15, 2012

Kereta Ferrari harga RM2 juta hancur

Mampus le nak menjawab kat tuan punya kereta ni kalau bukan kereta sendiri buat macam kereta sendiri.

Sebuah kereta Ferrari F430 yang sedang dipandu uji terbabas mengakibatkan kenderaan bernilai hampir RM2 juta itu remuk di Lebuh Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, kereta mewah yang boleh memecut sehingga kelajuan 315 kilometer sejam tersebut dinaiki oleh dua lelaki berusia lingkungan 30-an dari terminal KLIA menghala ke arah plaza tol KLIA.

Walaubagaimanapun pemandu dan penumpangnya hanya cedera ringan.

Carian kesini:

June 16, 2011

Cubaan penggodaman terhadap laman web .gov.my

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan bahawa terdapat cubaan untuk menggodam laman web kerajaan Malaysia beberapa, termasuk laman web  www.skmm.gov.my dalam oeperasi yang dipanggil ‘Mperation Malaysia’

Mengikut sumber SKMM serangan telah bermula sejak Rabu 15 Jun pada 11.30 malam. Terdapat sekurang-kurangnya 51 web diserang serta gangguan pelbagai peringkat pada 41 laman web. Dikatakan kebanyakan laman web sudah pulih dari serangan dan pihak SKMM masih lagi memantau dan mereka mengatakan hanya sedikit impak terhadap pengguna Malaysia.

Serangan penggodam adalah dipercayai akibat tindak balas terhadap halangan akses kepada laman perkongsian fail popular.

 

Carian kesini:

May 4, 2011

Ron 97 naik 20 sen

Selepas tengah malam ini, harga Ron 97 akan dinaikkan sehingga mencecah RM2.90. Kenaikan adalah sebanyak 20 sen. Kenaikan harga adalah berikutan kenaikan harga minyak dipasran dunia dan keadaan dolar yang melemah.

Bagaimanapun harga Ron 95 masih kekal ditahap RM1.90 seliter.

Harga Ron 97 diapungkan dan menurut harga dipasaran dunia manakala harga Ron 95 masih dikawal oleh kerajaan.

Ketika pengenalan Ron 95, harga Ron 97 adalah RM2.05 seliter. Ron 92 telah dihentikan pengeluarannya kerana telah digantikan dengan Ron 95.