July 26, 2011

Proton Saga FLX dengan kecekapan bahan api

PROTON kini memberikan anda pilihan untuk mendapatkan pulangan yang berbaloi dengan wang Ringgit anda! PROTON telah melancarkan Proton Saga FLX yang menggunakan Transmisi Pembolehubah Berterusan (CVT), yang biasanya dijumpai dalam kereta mewah.

Saga FLX memberikan anda pemanduan yang licin, dengan penukaran gear “stepless” serta memperbaiki pemanduan dan responsif kereta, disamping peralihan yang lancar antara gear membantu kereta lebih cekap jadi menjimatkan bahan api.

Ia direka untuk memberi pengguna kepuasan pemanduan yang lebih baik dan keyakinan keselamatan. Proton Saga FLX juga dilengkapi dengan Anti-lock Braking System (ABS) dan Pengagihan tenaga Brek Elektronik (EBD), juga beg udara untuk pemandu dan penumpang depan.

http://epicsaga.com.my/

Carian kesini:

November 10, 2010

Inspira dilancarkan secara rasmi hari ini

Model penganti Waja iaitu Inspira dilancarkan secara rasmi hari ini oleh Proton.  Jika dilihat secara kasar, model ini tiada banyak perbezaan daripada Lancer yang asal, cuma dengan pengubahsuaian yang minimum.

Tiga varian model boleh didapati iaitu Proton Inspira 1.8 M/T, Proton Inspira 1.8 CVT, Proton Inspira 2.0 CVT, masing-masing dengan harga RM78,999, RM84,999, dan RM91,999. Terdapat 4 warna yang boleh dipilih iaitu Plum Red, Solid White, Genetic Silver dan Tranquility Black.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah melawat laman web rasmi Inspira tetapi loading agak perlahan kerana kesesakan trafik.

Carian kesini:

October 13, 2010

Proton Inspira, model penganti Waja?

Proton Inspira

Proton Inspira, model pengganti Waja


Semua sedia maklum dengan pengganti Waja yang dikatakan mirip Mitsubishi Lancer dikatakan bakal dijual bawah RM80,000 dan akan dilancarkan secara rasmi 10 November ini. Mengikut sumber Utusan, terdapat 3 varian model iaitu model 1.8 liter automatik dan manual serta model 2.0 automatik. Bagi model automatik, harganya adalah dibawah RM95,000.
Bermula Khamis ini, pembeli yang berminat bolehlah membuat tempahan awal dengan pendahuluan RM1000 di semua rangkaian Proton Edar seluruh negara.

Sasaran 1000 unit jualan sebulan mungkin boleh dicapai jika dilihat daripada bentuk menarik Lancer yang cuma dibuat perubahan minimum sahaja.

February 13, 2010

Kereta hybrid Proton akan dipamerkan di Geneva Auto Show Mac

Proton memperkenalkan hatchback hibrid pada hari Jumaat hasil dari kerjasama dengan Italdesign Giugiaro. Kenderaan konsep yang bakal dipamerkan pada pameran Geneva Auto Show bulan depan adalah sebahagian daripada kenderaan mesra alam yang bakal dibangunkan bersama-sama. Kenderaan adalah untuk memenuhi standard global dan memainkan peranan penting bagi kereta kompak saiz Asia disamping memningkatkan lagi imej Proton dimata dunia.

Setakat ini hanya gambar dari salah satu kenderaan yang direka untuk Proton. Kenderaan ini dikatakan mempunyai 5 pintu, empat kerusi hatchback dan saiz dikatakan sebesar model Fiat Panda kompak.

Terdapat juga varian 3 pintu, tetapi ianya hanya akan dipamerkan pada Geneva bulan depan(Mac).

“Objektif kami adalah untuk menawarkan ruangan hiasan dalaman dari kereta bersaiz sederhana tetapi tidak mengabaikan senireka luaran sebuah kereta kompak,” Giugiaro Giorgetto dipetik sebagai berkata.

Enjinnya akan dipasang didepan termasuk sistem pengecajan bateri lithium-ion. Kereta juga merupakan sepenuhnya menggunakan Drivetrain elektrik.

Carian kesini: