July 14, 2010

Enable gzip compression bagi website dan blog

Gzip compression atau mampatan gzip bagi website boleh menjimatkan bandwidth dan juga performance website kerana kandungan dimampatkan oleh server kemudiannya di extract oleh browser. Kebanyakan browser moden menyokong compression.

Tanpa mampatan, kandungan web adalah tidak dimampatkan dan terus dipaparkan kepada browser pengguna. Memang web dipaparkan kepada pengguna, tapi tidak begitu efisyen contohnya data asal adalah 100KB dan jika dimampatkan datanya akan menjadi 10KB misalnya. Laman dapat dibuka dengan pantas kerana hanya 10KB data dimuat turun.

Contoh blog ini telah dicompress menggunakan gzip dan mampat sebanyak 76.9%. Data asal adalah 48722bytes dan selepas mampatan 11247bytes. Dalam kiraan KB adalah 47.58KB dan compression 10.98KB. Rujuk gambar dibawah;

Untuk menyemak samaada blog korang menyokong atau tidak compression, boleh periksa sini : http://www.gidnetwork.com/tools/gzip-test.php

Untuk setting dalam Cpanel, login ke Cpanel pada bahagian “Software/Services”  pilih “Optimize Website”.

Kemudian boleh pilih sama ada hendak mampat semua kandungan atau jenis MIME yang spesifik sahaja. Ataupun boleh disable kalau tak mahu guna compression.

Dan pastikan juga server menyokong compression. Kalau tak, tak guna setting kalau server tak sokong. Kenalah tanya hosting provider.

Carian kesini:

July 12, 2010

Kenali Belanda dan Sepanyol

Belanda atau Netherlands bermaksud “Kerajaan tanah-tanah rendah” dek kerana permukaan buminya yang datar dan kebanyakannya berada dibawah paras laut. Negara ini bersempada dengan Jerman dan Belgium. Belanda mengamalkan sistem liberal dimana kebebasan merupakan asas utama.  Disini juga letaknya ibu pejabat Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague.

Belanda juga pada masa dahulu merupakan satu kuasa penakluk yang pernah sampai ke Asia pada abad ke 17 sehingga wujud ungkapan “Belanda minta tanah”. Zaman ini dikenali sebagai Zaman Emas Belanda. Syarikat yang terkenal ketika itu adalah Syarikat Hindia Timur Belanda atau VOC.

Dari segi geografi, tanahnya amat rata dan kurang dari 1 meter dari aras laut. Paras tertinggi ialah Vaalserberg pada ketinggian 321 m. Negara ini mengalami iklim sederhana dengan angin yang bertiup dari barat daya.

Dari segi ekonomi, Belanda merupakan negara yang maju dengan sistem ekonomi terbuka apabila kerajaan kurang mengawal ekonomi sejak 1980. Sumber ekonomi yang utama adalah sektor pemprosesan makanan, bahan kimia, pemprosesan petroleum dan jentera elektrik.  Negara Belanda merupakan negara pengeksport makanan meskipun sektor pertanian cumamemberikan pekerjaan kepada 4% penduduknya.

Dari segi budaya, pelukis terkenal Belanda adalah Vincent van Gogh.

Sepanyol pula terletak di barat daya Eropah. Negara ini bersempadan dengan Portugal, Perancis, Andorra, Gibraltar dan Maghribi. Sepanyol mengamalkan raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen serta menyertai Kesatuan Eropah pada tahun 1986 dan merupakan salah sebuah negara maju dengan kuasa ekonomi ke 8 terbesar dunia.

Semasa zaman pemerintahan Islam Bani Umaiyyah, bandar seperti Cordova dan Gradana menjadi pusat penting perkembangan keilmuan Islam di Eropah sebelum kerajaan Kristian Aragon dan Castile berjaya menjajah semula pada abad ke 15. Kerajaan itu seterusnya dibentuk dari gabungan Aragon, Leon, Castile dan Navarre. Pada zaman penjelajahan, Sepanyol berjaya menjajah wilayah-wilayah Amerika dan Asia memberikan kekayaan ekonomi dan kuasa politik kepada mereka. Bagaimanapun kuasa itu merosot menjelang abad ke 20.

Sepanyol merupakan negara ke 51 terbesar dunia, saiznya adalah lebih kurang Turkmenistan tetapi lebih besar dari California. Iklim Sepanyol adalah pelbagai dan boleh dibahagikan kepada tiga, iklim kebenuaan seperti di Madrid, iklim Mediterranean dari dataran Andalusia sepanjang pantai selatan dan timur hingga ke Pyrenees, dan Iklim lautan terjadi di Galicia dan the jalur pantai di tepi Teluk Biscay.

Dari segi ekonomi, Sepanyol merupakan negara ke 5 terbesar di eropah dengan anggaran KDNK adalah bernilai $1.084 trilion pada tahun 2006 dengan pendapatan per kapita $27,400.

Sumber Wikipedia.

Carian kesini:

May 11, 2010

Retro OS QNX 6.1.0 dan FreeBSD 4.3

QNX adalah merupakan salah satu OS yang serupa UNIX tetapi ada sedikit berbeza dari segi antaramuka. Bolehlah dikatakan ianya seperti BeOS dimana antaramukanya yang sedikit lain. Sistem operasi ini adalah berdasarkan sistem mikrokernel. Sistem operasi adalah dipecahkan kepada tugas-tugas kecil yang dipanggil pelayan. Ianya adalah berbeza daripada kernel biasa dimana sesuatu tugas yang tidak digunakan tidak akan dilarikan. Sistem awal sangat kecil sehingga muat dalam floppy disk.

FreeBSD versi 4 telah diperkenalkan pada tahun 2000 dengan versi stabil sehingga 4.11 pada Januari 2005.  FreeBSD adalah sistem operasi popular untuk penyedia perkhidmatan internet dan juga pembekal hosting ketika permulaan .com bubble, dikenali sebagai sistem operasi yang stabil dan sistem operasi keupayaan tinggi daripada varian Unix.

February 16, 2010

Keju tempatan Dr Addeenia

ADDEENIA Agro Trades Sdn Bhd (AATSB), syarikat milik penuh Bumiputera yang menghasilkan keju 100 peratus buatan tempatan jenama Dr Addeenia, mensasar untuk mencatatkan jumlah jualan sekurang-kurangnya RM10 juta tahun ini.

Pengarah Urusannya, Yuhanif Mohd Salleh, berkata keyakinan itu berdasarkan kepada petanda positif hasil perbincangan dilakukan syarikat dengan enam syarikat bertaraf multinasional selain hotel ternama untuk membeli keju buatan syarikat itu.
Menurutnya, berdasarkan perbincangan itu, syarikat terbabit menunjukkan minat positif untuk melanggan keju jenama Dr Addeenia.
“Jika semua perancangan berjalan baik, bagi tahun ini, syarikat bakal membekalkan keju bernilai sekurang-kurangnya RM10 juta hasil urus niaga ini,” katanya kepada Bisnes Metro, semalam.
Beliau berkata, AATSB mensasarkan untuk menguasai pembekalan keju di pasaran tempatan sebanyak 10 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Setiap tahun, Malaysia mengimport keju dari luar negara berjumlah ratusan juta ringgit dan jika kita dapat menukarnya kepada produk buatan tempatan, sudah tentu negara dapat menjimatkan banyak wang dalam bentuk tukaran asing,” katanya.

Katanya, Dr Addeenia mempunyai kelebihan berbanding produk keju lain di pasaran kerana menggunakan sepenuhnya bahan tempatan selain mematuhi kehendak hukum syarak dan ditanggung halal.
“Setakat ini, setahu saya belum ada produk keju yang dijual di negara ini mempunyai logo halal dan berdasarkan faktor itu, kami yakin Dr Addeenia akan menjadi pilihan pelbagai syarikat terutama yang terbabit secara langsung dengan penggunaan keju dalam produk dihasilkan mereka,” katanya.
Selain itu, Yuhanif berkata, AATSB juga bercadang mengeksport Dr Addeenia ke negara Eropah, Timur Tengah serta beberapa negara Asia lain. Sumber Metro.

Carian kesini: