June 16, 2010

Bayaran pertama dari ChurpChurp

Aku baru terima cek dari ChurpChurp iaitu medium pengiklanan yang menggunakan Twitter microblogging.  Aku mula dengan ChurpChurp sejak Ogos 2009. Ada post juga berkenan ChurpChurp dalam blog ni disini dan disini.

Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan ChurpChurp, boleh pergi ke website rasminya atau pergi je ke web chokilala.com berkenaan soalan lazim.

Senang je nak apply ChurpChurp, pastikan anda ada akaun Twitter dan mempunyai ramai follower.

Terima kasih untuk ChurpChurp.

Carian kesini:

April 5, 2010

inertz.com kini PR3

Google baru sahaja mengemaskini PR atau PageRank bagi website yng diindeks oleh laman cariannya dan setelah sekian lama blog ini PR2 akhirnya Google anugerahkan juga taraf PR3. Apa signifikannya?

Mungkin bagi mereka yang baru bergiat dalam bidang blogging tak berapa nak ambil kisah berkenaan PR. Ataupun bagi website atau blog peribadi memangpun tak berapa penting sangat PR ni bagi mereka. Tapi bagi blog atau website yang mementingkan trafik disebabkan penjanaan trafik boleh menghasilkan pendapatan daripada pengiklanan misalnya, PR sangatlah penting. Ianya menentukan bertapa autoritinya website atau blog itu terhadap carian laman google.

Misalnya carian dengan keyword yang sama bagi blog PR1 dengan blog PR3, tentunya blog PR3 lebih diutamakan dimuka depan carian google walaupun menggunakan keyword yang sama.

Tapi blog yang saya kagumi adalah blog denaihati.com apabila hanya 3 bulan sudah mencapai PR4.

Definisinya adalah seperti berikut:

PageRank relies on the uniquely democratic nature of the web by using its vast link structure as an indicator of an individual page’s value. In essence, Google interprets a link from page A to page B as a vote, by page A, for page B. But, Google looks at more than the sheer volume of votes, or links a page receives; it also analyzes the page that casts the vote. Votes cast by pages that are themselves “important” weigh more heavily and help to make other pages “important”.

January 29, 2010

Bayaran Adsense ke 3 dari Google

Aku bukanlah pakar sangat dalam Adsense ni. Kalau nak bandingkan dengan orang yang lain mungkin lebih banyak. Aku buat pun part time saja. Jadi aku tak berapa fokus sangat benda ni. Lagipun blog Adsense aku tak berapa niche orang kata.

Walaupun begitu, disebabkan bayaran Google adalah dalam bentuk USD, bila ditukar kepada matawang RM dah berapa. banyak juga. Tak heranlah ada pakar-pakar Adsense kat luar sana sanggup berhenti kerja semata-mata fokus untuk Adsense.

Jumlah aku dapat kali ini adalah 113.53USD dan bila ditukar kepada RM jumlahnya menjadi  RM381.95. Dengan jumlah tak seberapa ni boleh la aku reinvest balik dan bayar domain renewal.

Yang pastinya Nuffnang tak berapa berjaya dengan blog aku ni.

Carian kesini:

March 18, 2009

Pendapatan Adsense saya hari ini $812, semalam $776

Bagi seseorang yang baru berjinak-jinak dengan Adsense,  keinginan untuk mendapat pendapatan yang banyak dari AdSense adalah sesuatu yang utama.  Ramai orang berhempas pulas untuk mendapatkan pendapatan seperti ini. Tetapi kini tidak lagi. Saya sudah tahu teknik rahsia bagaimana untuk mendapatkan duit AdSense lebih dari $500 sehari. Saya cuma fokus kepada artikel ini dan ini.

Saya juga menggunakan kaedah yang sama seperti liewcf dan kastum untuk mendapatkan pendapatan sebanyak ini. Hehe… sungguh berkesan.

Carian kesini: