December 16, 2011

Pakej iPhone 4s Maxis sudah tiba

Ceriakan tahun baru anda dengan telefon pintar terbaru dari Apple iaitu iPhone 4 dengan Siri.

Maxis kini membawakan ciri terbaik iPhone 4s yang dilengkapi  pemproses dual-core A5 dengan kamera 8MP yang baru menjadikannya salah satu telefon pintar paling berkuasa di Malaysia.

Sudah terikat kepada pelan Maxis lain? Jangan bimbang, kerana Maxis membenarkan lanjutan kontrak untuk pelan Maxis semasa anda. Jadi apa yang tunggu lagi, langganlah pelan iValue Maxis yang sekarang!

Carian kesini:

December 14, 2011

Rovio jual earphone Angry Bird

Rovio telah mula menjual earphone Angry Bird berukuran 132mm x 98mm x 22mm dan berat 32 gram. Earphone ini adalah serasi dengan iPhone, iPod dan semua peranti dengan stereo jack 3.5mm. Terdapat dengan corak Burung Merah, Raja Babi, Burung Bom, Blue Biru dan model Burung Kuning. Ianya dijual pada harga $24.99.

Carian kesini:

December 13, 2011

Tablet terbaru Motorola Xyboard 10.1 and 8.2

Tablet Motorola terbaru baru sahaja dilancarkan dengan 2 varian. Terdapat versi 10.1 inci dan versi 8.2. Kedua-duanya mempunyai bentuk yang sama cuma yang berbeza dari segi saiz.

Untuk tablet terbaru, Motorola telah menggunakan bahan yang terbaik dan berkualiti setelah mereka memerhatikan kritikan yang diterima oleh Galaxy Tab yang menggunakan badan seolah plastik malah Motorola turut menonjolkan skru logam bagi menunjukkan keeksklusifan tablet mereka.

Dari segi penempatan butang volume dan kuasa, Xybord 8.2 bolehlah dianggap sebagai tablet berbentuk potret manakala versi 10.1 adalah untuk lanskap.

Carian kesini:

October 27, 2011

Telefon pintar Nokia N9 putih

Setelah perkenal telefon Windows baru, Nokia turut perkenal kemaskini Nokia N9 dengan warna baru iaitu putih berkilat. Telefon ini boleh didapati dalam variasi 64GB storan bermula suku keempat 2011.

Apa yang baru adalah dari segi kemaskini perisian termasuk kemaskini terhadap NFC, skrin kekunci serta butang kawalan.

Carian kesini: