July 17, 2010

Tukar sim 2G kepada 3G

Lama dah aku nak tukar sim kad aku kepada 3G. Dulu aku pernah call Celcom Center bertanyakan hal ni berkenaan Celcom terdekat boleh tidak tukar sim kad iaitu di PJ.

Center cakap hanya boleh tukar di KL. Terbantut kejap la nak tukar.

Lately aku rasa ada masalah sama ada sim atau handphone. Tapi handphone baru pakai setahun. Rasanya macam tak ada masalah. Jadi suspect sim kad le kot.

Oleh tu mulalah kerja-kerja google tempat yang boleh tukar sim kad. Ada beberapa forum yang cakap nak tukar kena bayar RM50. Dek kerana memang terdesak sangat dah nak tukar aku keluar gak pergi Celcom PJ. Kalau tak boleh tukar pun nak tanya je mana boleh tukar. Kalau kena bayar RM50 pun takpe.

Surprisingly sim kad aku boleh tukar tak sampai 15 mini. Tak bayar apa-apa. Cuma isi borang, ambil nombor giliran. Bagi IC. Walla… dah dapat sim 3G.

Penting gak tukar walau agak lewat nak tukar. Persediaan untuk adopt new handphone. Hehe.

Carian kesini:

July 14, 2010

Enable gzip compression bagi website dan blog

Gzip compression atau mampatan gzip bagi website boleh menjimatkan bandwidth dan juga performance website kerana kandungan dimampatkan oleh server kemudiannya di extract oleh browser. Kebanyakan browser moden menyokong compression.

Tanpa mampatan, kandungan web adalah tidak dimampatkan dan terus dipaparkan kepada browser pengguna. Memang web dipaparkan kepada pengguna, tapi tidak begitu efisyen contohnya data asal adalah 100KB dan jika dimampatkan datanya akan menjadi 10KB misalnya. Laman dapat dibuka dengan pantas kerana hanya 10KB data dimuat turun.

Contoh blog ini telah dicompress menggunakan gzip dan mampat sebanyak 76.9%. Data asal adalah 48722bytes dan selepas mampatan 11247bytes. Dalam kiraan KB adalah 47.58KB dan compression 10.98KB. Rujuk gambar dibawah;

Untuk menyemak samaada blog korang menyokong atau tidak compression, boleh periksa sini : http://www.gidnetwork.com/tools/gzip-test.php

Untuk setting dalam Cpanel, login ke Cpanel pada bahagian “Software/Services”  pilih “Optimize Website”.

Kemudian boleh pilih sama ada hendak mampat semua kandungan atau jenis MIME yang spesifik sahaja. Ataupun boleh disable kalau tak mahu guna compression.

Dan pastikan juga server menyokong compression. Kalau tak, tak guna setting kalau server tak sokong. Kenalah tanya hosting provider.

Carian kesini:

July 12, 2010

Piala Dunia 2010 Belanda VS Sepanyol – Sepanyol juara

Perlawanan akhir Piala Dunia 2010 diwarnai dengan banyak kad kuning. 5 kad kuning pada separuh masa pertama. 4 kad kuning pada separuh masa kedua. 5 kad kuning pada masa tambahan dan memaksa Heitinga keluar selepas mengumpul 2 kad kuning. Belanda pernah menjadi naib juara pada 1974 dan 1978 tapi belum pernah merangkul juara.

Perlawanan terikat dengan0-0 pada separuh masa pertama. Peluang untuk Sepanyol bermula seawal minit 5 tetapi tidak berjaya untuk menyumbat gol.

Tiada gol memaksa masa tambahan setelah tamat separuh masa kedua. Perlawanan dikuasai oleh Sepanyol dengan possesion 57%. Gol yang ditunggu-tunggu telah tiba apabila dijaringkan oleh A.Iniesta(Sepanyol) pada minit 116.

Oleh itu Juara Piala Dunia bagi 2010 adalah Sepanyol.

Dalam perlawanan menentukan tempat ketiga sebelumnya, Jerman menepati ramalan untuk tempat ketiga setelah menundukkan Uruguay dengan gol 3-2. Gol Jerman dijaringkan oleh Thomas Mueller pada minit ke 18, Marcell Jansen (minit ke-56) dan Sami Khedira pada minit ke-82. Gol Uruguay dijaringkan oleh pemain tengahnya Edinson Cavani pada minit ke-28 dan penyerang liciknya Diego Forlan pada minit ke 51.

July 12, 2010

Kenali Belanda dan Sepanyol

Belanda atau Netherlands bermaksud “Kerajaan tanah-tanah rendah” dek kerana permukaan buminya yang datar dan kebanyakannya berada dibawah paras laut. Negara ini bersempada dengan Jerman dan Belgium. Belanda mengamalkan sistem liberal dimana kebebasan merupakan asas utama.  Disini juga letaknya ibu pejabat Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague.

Belanda juga pada masa dahulu merupakan satu kuasa penakluk yang pernah sampai ke Asia pada abad ke 17 sehingga wujud ungkapan “Belanda minta tanah”. Zaman ini dikenali sebagai Zaman Emas Belanda. Syarikat yang terkenal ketika itu adalah Syarikat Hindia Timur Belanda atau VOC.

Dari segi geografi, tanahnya amat rata dan kurang dari 1 meter dari aras laut. Paras tertinggi ialah Vaalserberg pada ketinggian 321 m. Negara ini mengalami iklim sederhana dengan angin yang bertiup dari barat daya.

Dari segi ekonomi, Belanda merupakan negara yang maju dengan sistem ekonomi terbuka apabila kerajaan kurang mengawal ekonomi sejak 1980. Sumber ekonomi yang utama adalah sektor pemprosesan makanan, bahan kimia, pemprosesan petroleum dan jentera elektrik.  Negara Belanda merupakan negara pengeksport makanan meskipun sektor pertanian cumamemberikan pekerjaan kepada 4% penduduknya.

Dari segi budaya, pelukis terkenal Belanda adalah Vincent van Gogh.

Sepanyol pula terletak di barat daya Eropah. Negara ini bersempadan dengan Portugal, Perancis, Andorra, Gibraltar dan Maghribi. Sepanyol mengamalkan raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen serta menyertai Kesatuan Eropah pada tahun 1986 dan merupakan salah sebuah negara maju dengan kuasa ekonomi ke 8 terbesar dunia.

Semasa zaman pemerintahan Islam Bani Umaiyyah, bandar seperti Cordova dan Gradana menjadi pusat penting perkembangan keilmuan Islam di Eropah sebelum kerajaan Kristian Aragon dan Castile berjaya menjajah semula pada abad ke 15. Kerajaan itu seterusnya dibentuk dari gabungan Aragon, Leon, Castile dan Navarre. Pada zaman penjelajahan, Sepanyol berjaya menjajah wilayah-wilayah Amerika dan Asia memberikan kekayaan ekonomi dan kuasa politik kepada mereka. Bagaimanapun kuasa itu merosot menjelang abad ke 20.

Sepanyol merupakan negara ke 51 terbesar dunia, saiznya adalah lebih kurang Turkmenistan tetapi lebih besar dari California. Iklim Sepanyol adalah pelbagai dan boleh dibahagikan kepada tiga, iklim kebenuaan seperti di Madrid, iklim Mediterranean dari dataran Andalusia sepanjang pantai selatan dan timur hingga ke Pyrenees, dan Iklim lautan terjadi di Galicia dan the jalur pantai di tepi Teluk Biscay.

Dari segi ekonomi, Sepanyol merupakan negara ke 5 terbesar di eropah dengan anggaran KDNK adalah bernilai $1.084 trilion pada tahun 2006 dengan pendapatan per kapita $27,400.

Sumber Wikipedia.

Carian kesini: