January 10, 2012

CES(Consumer Electronics Show) 2012

CES yang pertama telah diadakan pada bulan Jun 1967 di New York City. Ia berasal dari Music Show Chicago, yang kemudiannya bertukar menjadi acara utama untuk mempamerkan barangan elektronik pengguna. Acara itu telah menarik 17,500 hadirin dan lebih 100 peserta pameran. CES diadakan dua kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Jun.

Sejak 1998, formatnya ditukar kepada sekali setahun dengan Las Vegas sebagai venue utama. Dengan setiap event pastinya akan menonjolkan teknologi baru dalam perkomputeran atau elektronik misalnya pada 2004 teknologi yang ditonjolkan adalah Blue-ray yang boleh menyokong 128GB kapasiti 4 lapisan cakera Blue-ray.

Pada tahun lepas, CES banyak memaparkan tentang tablet dan juga telefon pintar yang dikuasakan Android Honeycomb. Pada acara ini turut diperkenalkan teknologi 3D TV daripada pengeluar 3D TV seperti Mitsubishi, Toshiba, Samsung dan juga LG.

Pameran CESĀ  2012 kali ini akan diadakan dari Selasa, 10 Januari hingga Jumaat, 13 Januari. Microsoft mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang mengatakan bahawa CES 2012 akan menjadi penampilan terakhir Microsoft pada majlis itu.

Carian kesini:

January 1, 2012

Selamat tinggal 2011, selamat datang 2012

Tak lama pun setahun. Rasanya macam semalam. Tup-tup kita dah tinggalkan tahun 2011 dengan seribu kenangan. Moga tahun baru ini lebih memberikan keceriaan dan kebahagiaan.

Azam tahun 2011 sudah tercapai atau belum? Macam mana pulak dengan azam 2012.

Kalau kaki gadjet macam aku ni tentu ada wishlist macam wishlist tahun 2009 dan wishlist tahun 2010

Tahun 2011 takde wishlist rupanya.

Apa yang dirancang sebelum ni nampaknya tak menjadi. Kena la buat tahun 2012. Ape tu? Biarlah rahsia.

 

December 22, 2011

Intel bakal perkenal telefon pintar android tahun depan

Intel dikatakan bakal memperkenal telefon pintar berasaskan Android pada tahun depan. Pengenalan terhadap peranti tersebut akan dilakukan pada acara CES Januari nanti.

Telefon pintar itu dikatakan akan menggunakan pemproses berasaskan Medfield.

Nampaknya Intel tidak berkahwin dengan Windows kali ini.

 

Carian kesini:

December 18, 2011

Generasi baru robot NAO

Syarikat Perancis Aldebaran Robotik baru sahaja mengeluarkan generasi baru mini humanoid robot NAO mereka yang menawarkan sekumpulan ciri-ciri baru yang akan membuat ia agak menggerunkan. Robot yang berketinggian 1 kaki 10 inci melihat menggunakan kamera resolusi tinggi danĀ  dapat memahami kedua-dua input visual dan audio, serta berkomunikasi dalam lapan bahasa yang berbeza.

NAO juga boleh berjalan dan belajar untuk mengendalikan permukaan yang berlainan melalui algoritma yang terbina dalam. Model baru yang dilengkapi pemproses Intel 1.6 GHz (yang terletak di kepalanya) dan CPU sekunder dalam badan. Ia mempunyai empat mikrofon untuk mengesan bunyi dan menjalankan perisian pengecaman suara juga. Kedua-dua kamera HD 30fps akan mengimbas persekitaran bagi halangan dan juga mengenali wajah dan bentuk. Di samping itu, pergerakan robot juga telah dioptimumkan supaya ia dapat mengelakkan perlanggaran. Terdapat juga sensor kapasitif di atas kepala robot, membenarkan pengguna untuk menyediakan rangsangan untuk NAO untuk bertindak balas terhadapnya.

Harga yang ditawarkan adalah USD15,999 bukanlah mensasarkan untuk pengguna biasa atau untuk mainan tapi disasarkan untuk pelanggan pendidikan dan penyelidikan.

Carian kesini: