Dengan tinggal kurang dua jam lagi untuk berakhirnya pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, lebih 41,000 pengundi atau 63.74 peratus daripada 63,701 pengundi biasa sudah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 3 petang ini. Pengiraan undi akan dibuat di semua pusat mengundi. Keputusan dijangka 9.30 malam. Tinjauan di pusat mengundi pula menunjukkan jumlah mereka yang keluar semakin berkurangan, ditambah dengan cuaca panas. Seramai 799 pengundi pos mengundi Khamis dan Jumaat pada [...]
Pemerhati gadget seluruh dunia sekarang ini sekali lagi akan menumpukan kepada Apple apabila mereka mengeluarkan iPhone HD tidak berapa lama lagi. Walaupun masih belum dikeluarkan, sudah ada gambar bocor dan prototaip mula kelihatan di internet. Kali ini daripada blog Gizmodo dimana telefon bimbit yang dipaparkan adalah merupakan prototaip kepada iPhone HD yang sebenar. Berkemungkinan ada perubahan disaat-saat akhir, tetapi pihak Apple masih lagi merahsiakan perkara ini kerana masih lagi tiada [...]
PROTON Exora, model kenderaan pelbagai guna (MPV) pertama Malaysia keluaran Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton) yang melepasi sasaran jualan apabila menerima tempahan lebih 35,000 unit sejak dilancarkan, tersenarai untuk anugerah Keberkesanan Pengiklanan dan Pemasaran (AME) anjuran New York Festivals, Amerika Syarikat. Selain itu, kempen pemasaran Exora juga memenangi Gold Dragon sempena Anugerah Promosi Pemasaran Terbaik di Asia (PMA) bagi 2009 dan anugerah Perak pada Malaysian Effectiveness Awards. Timbalan Pengerusi McCann [...]
Penyanyi Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari, 27, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di KM 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) dekat sini, Sabtu petang. Pegawai Turut Trafik negeri ASP Abd Halil Hamzah berkata kejadian berlaku pukul 6.15 petang apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki penyanyi itu bersama seorang rakan lelaki yang belum dikenali dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda. “Achik meninggal dunia di [...]



