inertz.com

Kata-kata berbisa

Lagi kempen benci artis kat Facebook, kali ini Memey Suhaiza plak

Memey Suhaiza

Memey Suhaiza

Setelah kempen menbenci Fasha Sandha ditutup kat Facebook sebab takut kena saman,  seorang lagi artis terkena tempias Facebook. Nampaknya budaya hater dalam Facebook telah menular apabila ramai yang tidak suka kepada seseorang akan membuat kempen bagi mengutuk seseorang. Ketika entry ini ditulis, seramai 2081 orang telah menyertainya dan dijangka akan bertambah.

Baca petikan berikut dalam Metro;

Selepas pelakon Fasha Sandha dijadikan tempat luahan rasa amarah pihak tertentu menerusi laman sosial Facebook, kini Suhaiza Suhaimi atau Memey turut ‘diserang’ menerusi akaun ‘We Hate Memey Suhaiza’ (Kami benci Memey Suhaiza). Menggunakan gambar profil tangan memegang gambar Memey sedang terbakar, akaun itu setakat malam tadi mengumpulkan 415 individu berbanding 296 orang petang kelmarin dengan hampir semua komen negatif dilemparkan terhadap pelakon itu.
Selain We Hate Memey Suhaiza, ada satu lagi akaun sama iaitu I Hate Memey Suhaiza (Saya benci Memey Suhaiza) yang turut mengumpulkan pengguna Facebook supaya membenci pelakon itu.
Memey, 22, yang dihubungi mengakui mengetahui mengenai akaun Facebook itu tetapi mengelak daripada membukanya kerana tidak mahu hatinya terguris.
“Saya tahu mengenai I Hate Memey Suhaiza daripada rakan kira-kira dua bulan lalu, tetapi We Hate Memey Suhaiza, saya rasa masih baru.
“Saya cuba elak daripada membuka kedua-dua akaun itu sebab tidak mahu ia mempengaruhi perasaan saya,” katanya.

Bookmark and Share
Related Posts with Thumbnails

Related posts

Tagged as: , , , , , ,

9 komentar » Komen RSS Feed

  1. haha. tak boleh lawan i hate fasha sandha :D
    ariff´s last blog ..Memperkenalkan Apple iPad My ComLuv Profile

  2. Muahahah… Manusia skrg tak reti berlapik langsung… Sound direct je… Hehe

  3. nepa memey rampas suami org ? x ksian ke kat anak2 abby.dah xde laki lain ke??? jgn la nak brpura2
    org semua dah tahu….

Trackbacks

  1. Hater page Saiful Bukhari cecah 10000 dalam Facebook | inertz.com

    [...] ini Fasha Sandha dan Memey Suhaiza ada hater page dalam Facebook. Kali ini tempiasnya kena pula pada Saiful Bukhari dek ekoran kes [...]

Tinggalkan komen

CommentLuv Enabled