Posts | Comments | Email

Alza untuk pemenang GP Joran 2010 | Ditulis pada :06/12/09



juara_joran Advance Version, ViVA Elite untuk pemancing

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Sdn Bhd (), akan menaja dua buah lagi kereta terbaru jenis Kenderaan Pelbagai Guna () Advance Version dan ViVA Elite kepada pemenang Kategori Pantai dan Laut pada 2010 yang dijangka bermula pada awal bulan depan.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Urusan Syed Abdull Syed Abu Bakar berkata, kereta jenis baru keluaran syarikat itu dijangka menjadi hadiah utama di pusingan akhir Oktober nanti.

“Pihak akan menaja sebuah lagi kereta jenis Advance Version kepada pemenang pusingan akhir yang sebelum ini adalah Nautica kerana masih setia menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh .

“Ini kali keempat tahun berturut-turut, berbesar hari menaja kenderaan edisi istimewa ini sebagai tanda komitmen pihak kami kepada mereka yang mengambil bahagian menjayakan pertandingan sepanjang tahun ini,” katanya selepas menyerahkan dua buah kereta kepada pemenang Grand Slam , Mohd Yon Hanif dan Amran Abdullah di Balai Berita, baru-baru ini.

Katanya, tujuan penajaan ini adalah satu kaedah dari untuk memperkenalkan produknya yang menampilkan pelbagai bentuk kenderaan dari Kancil sehingga keluaran terbarunya iaitu yang sudah dilancarkan awal bulan November lalu.

“Selain melakukan melalui penajaan ini, pihak kami turut berpeluang mendekatkan diri dengan pengguna secara terus berdasarkan misi korporat kami iaitu dedikasi adalah tanggungjawab sosial kami kepada masyarakat amnya.

“Tambahan pula, produk yang dikeluarkan oleh mampu dimiliki oleh sesiapa saja yang gemarkan aktiviti santai seperti ini,” katanya.

Untuk rekod, Advance Version dijangka menemui pembeli bulan Mac tahun depan dan dijual harga sehingga RM70,146 dengan menampilkan pelbagai aksesori tambahan yang menarik seperti Sistem Kedudukan Global (GPS), kusyen kulit, skirting tepi, depan serta belakang dan lain-lain lagi.

Manakala ViVA Elite yang berharga sekitar RM44,900 pula, menampilkan rim aloi, skirt bahagian tepi, depan dan belakang serta airbag berkembar SRS.

yang ditubuhkan pada tahun 1993 sudah mengeluarkan pelbagai produk kenderaan kompak seperti Kancil, Rusa, Kembara, Kenari, Kelisa, Myvi, Nautica Pacuan Empat Roda(4WD).

Sumber Joran-BH

Bookmark and Share
Related Posts with Thumbnails Tags: > > > > > > > > > > > > > > > > > > > >

Entri berkaitan

Comments (1)

 

  1. AlzaClub.my says:

    Join Perodua Alza Club now @ http://www.alzaclub.my.
    An Online Community/Forum/Club for Owners and Fans of Perodua Alza.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled