Satio adalah dikatakan telefon bimbit generasi baru Sony Ericsson seperti Yari dan Aino kerana nama yang diberikan bukan lagi menggambarkan fungsi seperti sebelum ini contohnya “W” untuk telefon Walkman atau “C” Untuk Cybershoot.

Antara Yari dan Aino, Satio bolehlah dianggap sebagai telefon bimbit high-end. Jika Yari tiada fungsi skrin sesentuh, Aino mempunyai skrin sesentuh yang terhad tetapi bagi Satio, ianya merupakan telefon bimbit skrin sesentuh sepenuhnya.

Antara ciri-ciri utama Satio adalah:

  • Skrin lebar 16:9 3.5 inci
  • Kamera sehingga 12.1MP, fokus sesentuh, flash Xenon serta pengesan muka dan senyuman.
  • Album web dan fungsi pesanan
  • Menggunakan sistem operasi Symbian
  • Menu sesentuh media yang mudah dicapai
  • Pemain muzik yang kuat

Satio juga didatangkan dengan earphone tanpa wayar. Satio menyokong GSM/GPRS/EDGE 850/900/1800/1900 dan UMTS/HSDPA 850/900/2100.

Harga cadangan bagi telefon bimbit ini adalah RM2450-2550.

satio-1satio-2satio-3satio-4

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kesini:

Categories: telefon bimbit

11 Responses so far.

  1. x-po says:

    hoho nmpk cm mantap je..harga pun mantap gak..haha
    .-= x-po´s last blog ..KES BUANG BAYI: SAPE YANG SALAH? LAKI ATAU PEREMPUAN? =-.

  2. eymma says:

    hmm teringin nak satu..tgk harga telan jugak air liur…huhu…i want this phone!!!

  3. ahmad says:

    Satio is ok, tapi satu je bunyi agak perlahan software agak kurang overall satio memang cun dan highclass

  4. pikir says:

    brape lh agknyer skrg nie erk??

Leave a Reply


CommentLuv badge