Perisian original mahal kan? Kalau setakat student, adakah korang akan beli perisian original? Tak payah le jawab, aku boleh teka sendiri. Berapa kerat sangatkah kita yang beli perisian original, hakikatnya perisian original dengan yang cetak rompak tiada banyak beza langsung, hanyalah perisian original itu berlesen.
Kalau nak banding harga memang jauh sangat beza. Microsoft Windows XP home yang asli boleh didapati dengan harga RM295 tapi kalau yang cetak rompak, boleh didapati dengan harga bawah RM10. Tu pun siap boleh dapat XP profesional lagi. Dengan perisian lain tak payah banding lah, memang ada perisian yang harga beribu-ribu tapi versi cetak rompak berapa sangat lah harga dia.
Kat ofis-ofis pun belum tentu lagi pakai perisian original sepenuhnya.
Siapa perlu disalahkan? Pengguna? Penguatkuasaan yang lemah? Penjual? Kilang yang mengeluarkan?
Kalau dah dikenakan tindakan seperti dibawah ni, baru le mengelabah;
Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas sejumlah perisian komputer yang dipercayai melanggar peraturan bernilai RM794,300 daripada sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Kota Kemuning, Selangor pada Khamis lepas.
Ketua pengarahnya Mohd Roslan Mahayudin berkata rampasan ini kali pertama membabitkan institusi pendidikan yang disiasat di bawah Akta Hakcipta 1997.
“Pegawai penguatkuasa mengesan 58 salinan perisian yang melanggar peraturan dalam lapan komputer yang bernilai RM24,000 di pejabat pentadbiran institusi itu dan kita telah merampas kesemua untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita pada satu sidang media yang diadakan di Putrajaya hari ini.
Dalam satu lagi serbuan terhadap sebuah syarikat teknologi maklumat di Kuala Lumpur pada 7 Okt, bahagian penguatkuasa KPDNKK merampas 74 salinan perisian cetak rompak yang dianggarkan bernilai RM125,800 dalam lapan buah komputer yang bernilai RM21,000 untuk siasatan lanjut.
“Kebanyakan suspek yang menggunakan perisian cetak rompak yang dikenakan tindakan ini menggunakan pelbagai versi program komputer seperti program Adobe, Autodesk, Microsoft dan Solidworks,” katanya.
Sumber Malaysiakini.
Penyelesaian? Perlahan-lahan beralih kepada Linux.
Carian kesini:
- cetak rompak (13)
- statistik cetak rompak (2)
- perbezaan microsoft original dan cetak rompak (2)
- perbezaan microsoft office original (1)
- perbedaan microsoft office cetak rompak (1)
- perbandingan microsoft office original dan cetak rompak (1)
- penguatkuasaan akta hak cipta 1997 (1)
- harga perisian microsoft office (1)
- beza microsoft office ori dan pirate (1)
- akta perisian (1)





i. Apakah LINUX…
Sejarah LINUX
Pada tahun 1991 Linus Torvalds seorang pelajar University Of Helsinki di Findland membeli sebuah pc IBM386. Oleh kerana beliau tidak berpuas hati dengan sistem pengoperasian yang dibekalkan dengan komputernya dia merasakan adala…
Kegunaan LINUX…
a) Stesyen Kerja
LINUX merupakan Sistem Pengoperasian yang mempunyai banyak kegunaan dan fleksibel . LINUX digunakan oleh pelajar sains komputer , ahli perniagaan, individu, dan kerajaan untuk menjimatkan kos, meningkatkan prestasi serta menye…
“Adobe, Autodesk, Microsoft dan Solidworks,” semua bukan benda murah.
jika mahu tukar ke open source sekali pun,
adakah
photoshop = gimp
dreamweaver = bluefish, screem etc..
office = openoffice
dan pelbagai lagi ^_^
p.s final projek aku 80% menggunakan open source kecuali word 2007 untuk betulkan alignment sebab opeoffice tak boleh nak buat bagi sama dengan spec yang dikehendaki (atau aku yang tak tahu) ==”
Tu la, software developer taknak buat versi Linux sebab tak menguntungkan.
Pakej LINUX ( LINUX Distribution )…
Pakej LINUX yang pertama sekali adalah Yggdrasil pada tahun 1993. Selepas pemasangan yang mudah Yggdrasil memulakan sistem X Window dengan pembukaan video MPEG dan suara ‘hello’ daripada sistem. Hari nini Yggdrasil http://www.yggdrasil.com menghasilkan…