Emas ditemui di Pendang
Penduduk Pendang kini sibuk mencari emas di tapak kuari di Kampung Jelutong, Tobiar di Pendang, sejak ketulan emas dilaporkan ditemui oleh beberapa pekerja kuari dua hari lalu.
Menurut Bernama, mendapati beratus-ratus penduduk berduyun-duyun membawa peralatan untuk mencari emas.
“Mula-mula saya pun tak percaya dalam ketulan batu kuari ini ada emas. Tapi bila dengar ada orang dah jual emas, saya pun datang mencuba nasib.
“Saya tengok memang macam ada ketulan berwarna kuning dan bersinar-sinar di celah-celah batu kuari yang berwarna hitam ini,” kata Niza Samsudin, 25, dari Kampung Banggol Temak.
Semua ahli keluarganya turut mencari emas bersamanya.
Seorang pelajar, Amirul Anas Amirul Rashid, 13, berkata dia datang mencari emas setiap petang sejak Rabu lalu.
“Pada mulanya ibu bapa saya tak izinkan saya cari emas ini, tapi apabila saya bawa balik tunjuk kepada mereka, ibu bapa saya pun turut datang mencari bersama.
“Kami nak kumpul banyak-banyak dulu, lepas ini baru jual,” katanya.
Abdul Halim Abdullah, 66, yang menetap lebih 30 tahun di kampung tersebut berkata ini adalah kali pertama laporan tentang emas dijumpai di kampung itu.
“Jika benar ketulan kuning di dalam batu adalah emas, kami yang kebanyakannya bersawah tentu bertuah kerana dapat menjana pendapatan tambahan,” katanya. Sumber Malaysiakini.





sebelum ni berduyung2 kita ke Mersing
jom blk Kedah pula…hehe
Kujie´s last blog ..Duta kambing
Kak Jie, emas 1 gram pun dah harga berpuluh2. Biasanya orang melombong emas ni dia cari ibu emas. dapat ibu dia, mesti banyak emas lagi kat sekitar tu.
pecaye ke sal emas kat pendang tu?..
dunia akhir zaman…kan ke nabi dah pesan tanda2 akhir kiamat nanti emas akan dijumpai di merata-rata..
pjan´s last blog ..Orang gaji ku sayang
Ni emas tipu rupanya.
Beli emas pada harga teruja http://www.hafizjewel.com / hafizjewel.blogspot.com
Kami membeli emas pada harga tertinggi, kami juga membeli emas putih, surat pajak dan platinum. agen kami berada di seluruh Malaysia kecuali borneo.
Jika anda bermasalah untuk ke tempat kami, kami boleh ke tempat anda untuk sebarang transaksi (gold test, diamond test, platinum test, surat pajak).hanya call no kai dibawah.
Semua urusan dengan kami ada secara tunai dan segera.
Kawasan utama: seluruh selangor dan kuala lumpur , kajang, selayang, kepong, bangi, serdang, pandan indah, damansara, ampang, petaling jaya, shah alam, klang, etc. Negri2 lain. penang, melaka, johor, terengganu, kedah, perak, negeri sembilan
no tel: 012-2301015 / 013 4321 824 (shahrul)
hubungi kami untuk membeli atau menjual emas, emas putih, surat pajak, platinum, gold bar, emas kijang, harga emas, emas 916, rantai emas, cincin emas, emas lama, emas rosak, emas patah
jual beli emas´s last blog ..Update: lelong belum dapat diadakan
Emas tipu je tu ira.