June 20, 2009

Viagra palsu Brazil

viagra_brazilEnam kontena berisi berjuta-juta biji pil Viagra palsu bersama pseudoepherine iaitu bahan kimia asas untuk membuat dadah syabu yang dianggarkan bernilai puluhan juta ringgit dirampas sejurus tiba di Pelabuhan Klang, dekat Klang, Selangor, semalam.

Rampasan berkenaan disifatkan terbesar di negara ini setakat ini dan membabitkan pil perangsang seks bersama dadah dipercayai milik sindiket dadah antarabangsa.

Sumber memberitahu Harian Metro, ketibaan keenam-enam kontena berukuran 20 dan 40 kaki berkenaan, Rabu lalu, dikesan pegawai Bahagian Penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Hasil risikan dan maklumat diterima, sekumpulan 12 penguat kuasa farmasi dan enam pegawai KPDNKK menjalankan pemeriksaan rapi terhadap semua kontena yang baru tiba dari luar negara itu dan diletakkan di satu kawasan di Pelabuhan Klang.

[Via]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kesini:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge