Kisah sedih U mobile broadband

surf_uBuat masa ini saya sudah menggunakan U Mobile selama beberapa bulan. Apa yang boleh dikatakan talian internet dari U mobile bukanlah pada tahap yang bagus. Boleh dikatakan agak teruk kerana terlampau perlahan. Jikapun hendak laju kena surfing pukul 3-4 pagi. Pada waktu itulah baru dapat kelajuan yang boleh dianggap munasabah. Pukul 7 malam keatas adalah waktu yang paling teruk.

Masa mula-mula daftar, reseller cakap speed boleh cecah 3.6Mbps. Memang betul, tapi kalau tak stabil buat apa. Boleh dikatakan 70% kelajuan adalah tidak munasabah. Lebih perlahan dari dial-up.

Reseller cakap, boleh pakai dengan handphone. 2-3 hari lepas aktif, masih tak boleh guna internet guna handphone dan buat panggilan ke call center. Call center cakap tak boleh guna handphone. Pulak..

Disebabkan dah daftar dan malas nak terminate, saya belilah modem 3g kat lelong.com.my dengan harga RM300. Dapatlah cuba U mobile. Ingatkan mula-mula memang perlahan, tapi rupa-rupanya sampai sekarang masih perlahan. Apa yang saya terbaca, U mobile berkongsi line dengan Celcom. Agaknya sebab tu lah perlahan.

Banyak juga komen-komen negatif berkenaan U Mobile broadband. Boleh rujuk sini dan sini. Marah betul ni….

Celcom pun teruk rupanya.

Siapa pernah pakai P1? Boleh tahan juga dan reliable. Kat pejabat saya pakai ni sebagai line backup.

Siapa pernah cuma amax? Broadband baru guna WiMax.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kesini:

No tags for this post.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink. Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

8 Comments

  1. Brosmen369
    Posted May 11, 2009 at 7:57 PM | Permalink

    salam…bro..
    kalau nak ikut kan tgk jugak tmpt2 umobile tu. sebb sy guna umobile jugak. ade kadang² OK kadang² KO. Tapi .. ianya bergantung pada coverage.. klu 80% x boleh capai tahan 1mb. itu pun kjep je.. tapi kami semua berharap Umobile kena pertingkatkan prestasi untuk pelanggan².. In Klang Kadang² Problum Tahap melampau kena ambil tahu kesemua nya…klu guna maxis lagi laaa delay and lag …kami harap Umobile Kena Bangkit lawan beb

    • Posted May 12, 2009 at 4:47 PM | Permalink

      Salam bro.
      Aku kalau nak sedap surf awal pagi la lepas pukul 1 pagi. Waktu peak hours memang hampeh.

  2. xtr
    Posted May 24, 2009 at 11:34 PM | Permalink

    aku pun pakai umobile..
    mmg best.. laju kul 3~4 pagi.. time tu x dpt nak gie keje the next day. so, x de duit.. so x bayar bill..
    :)

    • Posted May 27, 2009 at 3:17 AM | Permalink

      Tapi sapa le nak tunggu 3-4 pagi just untuk surf. Baik tido.

  3. Posted May 19, 2010 at 7:31 PM | Permalink

    berokben semua buat sakit jiwa. napa tak bace review
    aku? aku dah pakai nak dekat 6 berokben kat mlaysia ni.
    tinggal AMAX dengan Digi je blom.
    .-= Kreuger´s last blog ..Boss tak ada, mari kita enjoy! =-.

    • admin
      Posted May 19, 2010 at 7:41 PM | Permalink

      Lame nyer kes ni bro. Skang dah ok sikit. Mungkin sebab dah ramai terminate dan line dah tak sesak. Rapidshare pun smooth je. Pernah la sampai 4 hari line tak putus langsung. Putus pun sebab off pc je.

  4. ff
    Posted June 11, 2010 at 11:56 AM | Permalink

    register pospaid dengan u mobile masa tengah promosi. tup tup sim tak bleh guna. call agen dia smula tp x dapat2. bil pon x sampai2. dah setahun lbih nih baru u-mobile call cakap bil tertunggak.apakah ini semua???

    • admin
      Posted June 11, 2010 at 3:16 PM | Permalink

      Agen tu makan komisyen je tu. Hal2 lain serah balik pada provider. Bil U mobile mmg tak leh harap sebab memang selalu datang lambat, tapi kalau tak datang langsung dan tak pernah guna pun dah kes naya tu.

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*
*