March 19, 2009

Kernel panic ketika pasang Centos 5.2 pada motherboard Intel DG41TY

Semasa saya cuba pasang Centos 5.2 pada motherboard ini, ianya tidak dapat boot kerana kernel panic. Saya menjangkakan ianya adalah disebabkan oleh driver Sata. Puas cari di internet, rupanya sangkaan saya meleset, kerana yang menjadi puncanya adalah network card. Jadi saya telah disable network card dan hasilnya dapat dipasang tanpa sebarang masalah.

Oleh kerana network telah disable, rangkaian/internet pasti tidak akan berfungsi.

Langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini adalah:

1. Disable LAN/network card dalam bios

2. Pasang Centos 5.2

3. Pasang kmod, download di http://www.centos.toracat.org/ajb/CentOS-5/r8168/
*Pilih pakej yang sesuai dengan sistem anda, jika 64 bit, pilih 64 bit

4. Kemudian pasang pada pc rpm -ivh kmod-r8168*.rpm

5. Edit /etc/modprobe.d/blacklist dan tambah
blacklist r8169

6. Edit /etc/modprobe.conf dan tambah
alias eth0 r8168

7. Laksanakan arahan system-config-network dan reboot sistem anda

8. Enablekan semula LAN dalam bios

Network card sepatutnya dapat berfungsi selepas reboot dan tiada masalah kernel panic.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kesini:

One thought on “Kernel panic ketika pasang Centos 5.2 pada motherboard Intel DG41TY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge