Posts | Comments | Email

amax – penyedia jalurlebar WiMAX terbaru | Ditulis pada :15/2/09



amax2
amax1

Satu lagi penyedia perkhidmatan jalurlebar telah muncul iaitu daripada Asiaspace Sdn Bhd. Nampaknya masih baru dan merujuk kepada brosur kelajuannya dikatakan adalah 66 kali ganda daripada . Juga jika menurut brosur ini kelajuan tertinggi adalah 1.5 Mbps. Masih lagi rendah dan mungkinkah berbaloi dengan bayaran langganan setiap bulan? Adakah tidak sesak apabila sudah ramai yang memakainya? Perlu diingat ianya adalah jalur lebar tanpa wayar. Jaringan tanpa wayar sekarang ini masih lagi boleh dianggap tidak boleh diharap.

Pakej paling rendah adalah RM99 sebulan dengan kadar kelajuaan 1 Mbps. Modem adalah disertakan dengan penggunaan tanpa had. Pakej ini disasarkan kepada pengguna tunggal.

Bagi yang ingin berkongsi, pilihlah pakej “Multi User Package” dengan kelajuan 1.5 Mbps. Harga pakej ini adalah RM138 sebulan dengan penggunaan tanpa had.

Terdapat juga pakej yang datang sekali dengan komputer riba.

Bookmark and Share
Related Posts with Thumbnails Tags: > > > > > > >

Entri berkaitan

Comments (4)

 

  1. admin (266 comments.) says:

    Saya pakai umobile. Sales person kat mines cakap boleh cecah 3.6 Mbps. Pernah dapat 4 Mbps, tapi 80% kelajuannya adalah hampeh. Wireless/3G masih lagi bergantung kepada berapa ramai yang pakai di kawasan itu. Kalau ramai perlahan lah sebab akan kongsi lebar jalur yang sama bagi kawasan itu.

  2. Chandra Wijaya (1 comments.) says:

    Ada yg sudah coba di kelana jaya area?

  3. titan (9 comments.) says:

    sebab tu aku masih pakai streamyx..
    titan´s last blog ..Bayaran Komisen ke 22 dari Text Link Ads My ComLuv Profile

Leave a Reply

CommentLuv Enabled